Friday, February 26, 2010

Mendapatkan Dan Mengukur Panty / Girdle Bersaiz Sepadan

Panty / Girdle Bersaiz Sepadan

1. Duduk dan pastikan anda selesa dengan bahagian pinggang yang tidak berlipat.

2. Pastikan bahagian kelengkang mempunyai ruang yang cukup untuk pergerakan bebas.

3. Pastikan bahagian abdomen tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.

4. Pastikan seluruh bahagian punggung di baluti Panty / Girdle.

5. Pastikan bahagian bukaan kaki tidak mencengkam paha.

Teknik Mengukur Saiz Girdle / Panty

LANGKAH 1
Ukur Sekeliling pinggang anda.

LANGKAH 2
Ukur bahagian paling berisi di bahagian pinggul, selalunya 10 inci di bawah pinggang.

Sila lihat carta untuk mengetahui saiz sebenar anda.

Pinggang Pinggul Saiz Girdle
25" - 26" 35" - 36" S
27" - 28" 37" - 38" M
29" - 31" 39" - 41" L
32" - 34" 42" - 44" XL
35" - 37" 45" - 47" XXL
38" - 40" 48" - 50" XXXL

No comments:

Post a Comment