SERING kali wanita mengeluh apabila menerima jemputan untuk menghadiri majlis makan malam.
Selain perlu menyediakan pakaian bersesuaian, solekan yang berpadanan dengan majlis dan penampilan juga perlu diambil kira supaya kehadiran tidak kelihatan janggal di mata tetamu lain.
Bagi jurusolek terkenal, Zulfazli Suhadi, wanita yang ingin menghadiri majlis makan malam tidak perlu bersolek tebal jika kehadiran sekadar memenuhi jemputan kerana apa yang penting, pastikan kehadiran kita disenangi rakan semeja yang lain.
Antaranya, pastikan penyamar cela dipakai sebelum memakai bedak asas supaya ia kelihatan lebih semula jadi dan tidak comot.
Katanya, solekan untuk majlis makan malam perlu tahan lebih lama berbanding solekan biasa dan seeloknya, memakai bedak asas jenis cecair terlebih dulu sebelum merapikan dengan bedak padat.
"Bagi wanita berkulit putih, pemilihan rona bedak asas perlu diambil perhatian kerana ia boleh mencacatkan solekan. Sebaiknya, pilih rona yang hampir sama dengan warna kulit supaya kelihatan tidak berbelak (berbelang).
"Apapun, pastikan anda memakai penyamar cela terlebih dulu sebelum bedak asas kerana ia dapat membantu solekan tampak lebih semula jadi dan kemas. Cara pemakaian cukup mudah iaitu dengan menggunakan jari di ke seluruh wajah," katanya.
Berikut adalah beberapa panduan solekan langkah demi langkah untuk wanita berkulit putih bagi menghadiri majlis makan malam menggunakan produk solekan terbaru daripada Avon Cosmetics (Malaysia) Sdn Bhd (Avon).
Menurutnya, produk terbaru Avon berkenaan bukan saja mampu dimiliki, malah turut menghasilkan kesan solekan yang cantik dan menarik, sesuai untuk wanita muda hari ini.
Tips:
1) Penyamar cela perlu dipakai dengan jari dan tekap di kawasan yang diperlukan. Jangan conteng penyamar cela kerana ia menghasilkan kesan yang tampak kasar.
2) Pakai bedak asas jenis cecair terlebih dulu sebelum bedak kompak (two way cake). Ini bagi memastikan solekan tampak lebih tebal dan lembut.
3) Solekan makan malam perlu kekal lama dan untuk itu pemakaian satu jenis bedak asas saja iaitu kompak tidak memadai.
4) Untuk tampil lebih glamor, pilih pembayang mata yang berkilat kerana ia tampak lebih cantik terutama apabila disimbahi cahaya.
5) Jika sekadar memenuhi undangan, pastikan solekan pembayang mata, pemerah pipi dan gincu tidak terlalu tebal kerana ia mungkin membuatkan rakan semeja berasa kurang selesa.
6) Pemilihan warna solekan yang tebal dan terang hanya sesuai untuk mereka yang mengadakan persembahan jauh di atas pentas saja dan bagi tetamu, solekan biasa yang tidak keterlaluan sudah memadai.
7) Pastikan sentiasa membawa pengilat bibir kerana ia dapat membaiki penampilan biarpun selepas mengambil makanan berat.
Terima Kasih: Avon Cosmetics (Malaysia) Sdn Bhd, Elaine Aisyah dan Zulfazli Suhadi
Model: Arlina Rohayu Amdan
(Harian Metro)
Saturday, March 27, 2010
Tuesday, March 16, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)